Wednesday, January 30, 2008

BERITA HANGAT...PANDUAN KEPADA AHLI- KELAYAKAN PELABURAN DI BAWAH PENGELUARAN PELABURAN AHLI

1.0 PENGENALANMulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA)

2.0 DEFINISI SIMPANAN ASASSimpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

3.0 SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN

3.1 Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidakmelebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalamAkaun 1.

3.2 Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimumpelaburan ialah RM1,000.00.

3.3 Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti di LAMPIRAN.

3.4 Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

4.0 PERTANYAANUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP http://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi Pusat Panggilan Telefon KWSP di talian 03 8732 6000 atau Emelmailto:Emelenquiry@epf.gov.my

LAMPIRAN









So...takkan nak peram ja duit tu dalam KWSP??..hehe...

No comments: