Saturday, April 5, 2008

Returns and Profits in Public Mutual

Dalam public mutual..pulangan untuk unit trust ini lebih tinggi merangkumi distribution n capital gain (untung unit).

Distribution tu dapat setiap tahun.. capital gain hanya dpt bila kita jual balik unit.
contoh yg simple k..katakan la.. kita invest rm10,000 dgn harga 0.21sen untuk PCIF..setelah ditolak service charge 5.5%= RM 550, nilai akan bkurang kpd rm9,450.
Maka Total Unit = rm9450/0.21sen = 45000unit.

Katakanlah setelah 2thn harga seunit meningkat sehingga 50sen..dan kita nak jual semua unit.. kita akan dpt...

1) Distribution = 15% x RM9450 x 2thn = RM2,835.

p/s: andaikan distribution (dividend) ialah 15% setahun

...Untung Seunit= Harga Jual - Harga Beli= 0.50sen - 0.21sen= 0.29sen seunitp/s : 0.29sen untung untuk seunit.

2) Capital Gain = Jumlah unit x untung seunit45000 unit x 0.29sen= RM 13,050.00So..

Total Return = Distribution + Capital Gain
= RM 2,835 + RM 13,050= RM 15,885

Jumlah Dlm Statement = RM 9,450 + RM15,885= RM 25,335 (untuk 2thn)

p/s: Selagi x jual, capital gain x dikira dlm akaun.. yg dikira hanya distribution, dan distribution setiap thn tdk tetap.. akan berubah2.
Biasanya kalau pulangan dlm akaun melebihi 100% seperti cth diatas, agent akan inform client then tanya samada nak jual unit atau tdk..
perlu di ingat jugak, semakin byk kita invest semakin besarlah pulangan kita itu

p/s: refer from Topix.net (Brunei Forum)

Wednesday, January 30, 2008

BERITA HANGAT...PANDUAN KEPADA AHLI- KELAYAKAN PELABURAN DI BAWAH PENGELUARAN PELABURAN AHLI

1.0 PENGENALANMulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA)

2.0 DEFINISI SIMPANAN ASASSimpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

3.0 SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN

3.1 Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidakmelebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalamAkaun 1.

3.2 Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimumpelaburan ialah RM1,000.00.

3.3 Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti di LAMPIRAN.

3.4 Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

4.0 PERTANYAANUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP http://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi Pusat Panggilan Telefon KWSP di talian 03 8732 6000 atau Emelmailto:Emelenquiry@epf.gov.my

LAMPIRAN









So...takkan nak peram ja duit tu dalam KWSP??..hehe...

Friday, January 11, 2008

Azam tahun Baru

Lama rasanya tak coret dalam blog ni..
bz ngan keja..bz ngan business kecil- kecilan..bz ngan family..
so..tahun baru datang lagi...2008 dan juga 1429h..
apa azam baru anda semua?
tahun ni azam aku nak simpan duit banyak- banyak..
sepanjang 5 tahun keja ni..rasanya rugi sangat coz x leh nak simpan banyak2..
ada saja menda yang nak beli..ada saja menda yang nak guna duit..

tahun 2008 ni juga..aku berazam nak buat betul2 UT ni..
nak carik seramai mungkin customer..nak bagi my best service..
apa pun..langkah pertama tu yang penting..
ya Allah..semoga ku berjaya capai azam aku pada tahun ni...Amin...