Saturday, April 5, 2008

Returns and Profits in Public Mutual

Dalam public mutual..pulangan untuk unit trust ini lebih tinggi merangkumi distribution n capital gain (untung unit).

Distribution tu dapat setiap tahun.. capital gain hanya dpt bila kita jual balik unit.
contoh yg simple k..katakan la.. kita invest rm10,000 dgn harga 0.21sen untuk PCIF..setelah ditolak service charge 5.5%= RM 550, nilai akan bkurang kpd rm9,450.
Maka Total Unit = rm9450/0.21sen = 45000unit.

Katakanlah setelah 2thn harga seunit meningkat sehingga 50sen..dan kita nak jual semua unit.. kita akan dpt...

1) Distribution = 15% x RM9450 x 2thn = RM2,835.

p/s: andaikan distribution (dividend) ialah 15% setahun

...Untung Seunit= Harga Jual - Harga Beli= 0.50sen - 0.21sen= 0.29sen seunitp/s : 0.29sen untung untuk seunit.

2) Capital Gain = Jumlah unit x untung seunit45000 unit x 0.29sen= RM 13,050.00So..

Total Return = Distribution + Capital Gain
= RM 2,835 + RM 13,050= RM 15,885

Jumlah Dlm Statement = RM 9,450 + RM15,885= RM 25,335 (untuk 2thn)

p/s: Selagi x jual, capital gain x dikira dlm akaun.. yg dikira hanya distribution, dan distribution setiap thn tdk tetap.. akan berubah2.
Biasanya kalau pulangan dlm akaun melebihi 100% seperti cth diatas, agent akan inform client then tanya samada nak jual unit atau tdk..
perlu di ingat jugak, semakin byk kita invest semakin besarlah pulangan kita itu

p/s: refer from Topix.net (Brunei Forum)

Wednesday, January 30, 2008

BERITA HANGAT...PANDUAN KEPADA AHLI- KELAYAKAN PELABURAN DI BAWAH PENGELUARAN PELABURAN AHLI

1.0 PENGENALANMulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA)

2.0 DEFINISI SIMPANAN ASASSimpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

3.0 SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN

3.1 Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidakmelebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalamAkaun 1.

3.2 Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimumpelaburan ialah RM1,000.00.

3.3 Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti di LAMPIRAN.

3.4 Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

4.0 PERTANYAANUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP http://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi Pusat Panggilan Telefon KWSP di talian 03 8732 6000 atau Emelmailto:Emelenquiry@epf.gov.my

LAMPIRAN









So...takkan nak peram ja duit tu dalam KWSP??..hehe...

Friday, January 11, 2008

Azam tahun Baru

Lama rasanya tak coret dalam blog ni..
bz ngan keja..bz ngan business kecil- kecilan..bz ngan family..
so..tahun baru datang lagi...2008 dan juga 1429h..
apa azam baru anda semua?
tahun ni azam aku nak simpan duit banyak- banyak..
sepanjang 5 tahun keja ni..rasanya rugi sangat coz x leh nak simpan banyak2..
ada saja menda yang nak beli..ada saja menda yang nak guna duit..

tahun 2008 ni juga..aku berazam nak buat betul2 UT ni..
nak carik seramai mungkin customer..nak bagi my best service..
apa pun..langkah pertama tu yang penting..
ya Allah..semoga ku berjaya capai azam aku pada tahun ni...Amin...

Friday, September 28, 2007

Prestasi Terkini

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Prestasi Dana-dana under Public Mutual...Tunggu lagi good news minggu depan...

p/s:
1. PIDF 2 minggu lepas price 0.31++..hari ni naik 0.33...

2. PIADF 2 minggu lepas price 0.24++..hari ni dah naik 0.2680..minggu depan insya Allah boleh cecah 0.27...

simple calculation Untuk PIADF:
jumlah pelaburan= RM2500jumlah unit= 2500/0.25 (harga beli)= 10,000 unit (untuk RM2500)harga semasa= 0.27
untung= 10,000 x (0.27-0.25)= 10,000x 0.02= RM200
peratus untung= (RM200/ RM2500)x100= 8%
so..dari bulan April sampai skang ni..dah untung dalam 8% dalam masa 5 bulan... (sama dengan dividend ASB untuk setahun.. )

Wednesday, September 12, 2007

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung

Oleh Orang Ringgit Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung? Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah! Orang Ringgit kami menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini.

#1: Berhenti merokok "Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu." --Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28 Orang Ringgit: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!

#2: Bawa bekalan ke tempat kerja "Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu."--Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36 Orang Ringgit: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!

#3: Cuci kereta sendiri "Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta." --Khairi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Umur: 26 Orang Ringgit: Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.

#4: Beriadah di rumah "Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM180 sebulan."--Mahinder Kaur, Juruteknik IT. Umur: 25 Orang Ringgit: RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2,160 dalam akaun itu.

#5: Bayar bil kredit kad pada masanya "Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi."--Ahmad Kamal, Pengatur cara. Umur: 23 Orang Ringgit: Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun.

#6: Ajar anak anda sendiri "Saya mempunyai tiga orang anak yang sedang bersekolah, berusia antara tujuh hingga 11 tahun. Saya ajar mereka sendiri daripada menghantar mereka ke pusat tuisyen. Saya dapat jimatkan kira-kira RM360 sebulan."--Puan Kannan, penulis bebas. Umur: 42 Orang Ringgit: Sambil menyelam minum air. Ajar anak anda sambil habiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat menabung RM4,320 setahun untuk perbelanjaan mereka di kolej nanti.

#7: Lepak di gerai "teh tarik" daripada di restoran yang mahal "Dulu saya dan kawan-kawan saya suka melepak di restoran yang trendy pada hujung minggu dan kami menghabiskan hampir RM50 setiap minggu. Sekarang, kami lepak di gerai teh tarik dan membelanjakan hanya RM10 seminggu. --Sofiana, pelajar. Umur: 18 Orang Ringgit: Belilah barangan tempatan dan jimatkan RM2,080 setahun.

#8: Kurangkan penggunaan elektrik "Keluarga saya sentiasa cuba mengurangkan penggunaan elektrik di rumah kami. Kami gunakan jangka masa untuk alat hawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Kami berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM230 kepada RM120 sebulan."--Puan Cheah, suri rumah. Umur: 47 Orang Ringgit: Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM1,320 setahun.

#9: Rancang pembelian barangan dapur "Apabila saya membeli barangan dapur, saya sentiasa berbelanja melebihi jumlah yang diperuntukkan dengan membeli keropok, minuman dalam tin dan gula-gula. Tahun ini, saya berusaha untuk mengikut senarai yang saya buat dan berjaya menjimatkan RM80 sebulan."--Dina, penjual bunga. Umur: 33 Orang Ringgit: Ikut senarai beli-belah yang anda buat dan jimatkan RM960 setahun.

#10: Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam talian "Saya bayar hampir kesemua bil saya menggunakan kemudahan Internet. Saya dapat menjimatkan RM5 duit pos, RM65 bayaran letak kereta dan minyak sebulan."--Rajesh Nair, Jurutera Perisian. Umur: 28 Orang Ringgit: Gunakan kemudahan membayar bil dalam talian dan jimatkan RM840 setahun. Tetapi berhati-hati ketika menggunakan Internet.

Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda. Mulakan berdikit-dikit dan bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk melabur di pasaran modal!

Thursday, September 6, 2007

Balanced Funds: A Safer Approach To Investing In Volatile Markets

In times of volatile market movements, it is a challenge for some investors to keep their emotions in check. When markets are in a strong rally, our herd instinct compels us to join the crowd and ride with the upside. But when markets correct, we are prone to sell out in panic.

Yet, the wisest thing for investors to do at such times may be to remain calm and maintain a focused approach for their investments. Keeping an investment portfolio that is invested across different asset classes is a sound and effective strategy to ride through periods of adverse market movements.

Stock markets are volatile by nature and as illustrated in recent weeks, extended periods of rising share prices can often be interrupted by sudden bouts of consolidation. In such times, investors with moderate risk profiles should consider holding a balanced fund which is invested in both equities and bonds in near equal proportions. Balanced funds aim to provide income and capital growth over the medium to long term period by adopting a balanced asset allocation approach - 40% to 60% of the fund's Net Asset Value (NAV) is invested in equities while the balance is invested in debt securities and liquid assets. In comparison, equity funds generally have asset allocations of 85% or more in equities and the balance in fixed income securities and liquid assets.

The main benefits of investing in balanced funds are:
1. More Stable Returns: The overall portfolio risk of a balanced fund is reduced because the returns of equity and bond investments are generally not positively correlated. The potentially higher but more volatile returns from equity investments are moderated by the fund's investment in bonds. As a result, the returns of a balanced fund should be less volatile than a conventional equity fund.
2. Rebalancing: Another benefit of balanced funds is that in times of rising markets these funds "automatically" rebalance the portfolio by taking profits on equity investments which have appreciated and rebalancing the portfolio to its original equity: bond asset allocation of 60:40. Thanks to this rebalancing process, the unit trust investor need not worry about when to take profits on their investment.
3. Capital growth: A balanced fund will allow the investor to participate in the long term capital growth of equity markets because a sizable portion of up to 60% of the fund is invested in equities.

In conclusion, balanced funds are suitable for medium to long term investors with conservative to moderate risk reward temperament with a preference for receiving income and a respectable measure of capital growth. Investing in a balanced fund helps unit trust investors stay focused on achieving their long term investment goals without requiring them to evaluate the prevailing market cycle. Once they have selected a well-managed balanced fund in line with their risk profiles and investment objectives, they can be assured that the managers of the fund will take the necessary steps to rebalance the fund on a regular basis.

Friday, August 3, 2007

Are You Well Prepared for your Retirement?

ONLY 5% of Malaysians are prepared for retirement. Despite a growing awareness for the need to prepare for one’s retirement, many do not translate their plans into action.
Those in their 20s think they are too young to think about retirement, while those in their 30s and 40s tend to believe they are doing enough because they have their EPF savings. By the time they are 55, it is just too late.
The sad truth is that at 55, most people cannot retire with financial security.
Based on EPF’s 2005 annual report, about 90% of EPF contributors have less than RM100,000 in their accounts – not enough to see them through 20 years past retirement.